Archive for February, 2008

Firdawati vs. Firdawati

Monday, February 25th, 2008

Sama tapi tak serupa…hmmm…bila baca tajuk, mesti korang pelikkan kenapa blog aku kali nie tajuk dia lain macam jek. Sbnrnya selepas menghadapai minggu yang panjang yang tak berapa sihat…weekend baru2 nie aku dapat job kat Kg Sg Buah Luar. Aku berusaha lah makan ubat dan segala mak nenek vitamin untuk memulihkan sakit tekak, selsema dan batuk aku nih. So Jumaat tuh lepas kije, aku g amik keta kat Perodua Servis…pehtu aku g amik barang kat kedai Kimi Bangi Branch. Masa tgh bz double check senarai barang2, akupun conpomkan balik n tanya lah kak ina apa nama pengantin tuh. Kak Ina hulurlah kad jemputan pengantin. Memang sah! Aku tejerit2, rasa mcm nk lepuk2 je kak ina sbb nama pengantin tuh FIRDAWATI gaks!!!!!!!!!! uish, selama nie yg aku tahu ada 2 org jek nama Firdawati dlm Malaysia nie. Lagi sorg tuh keje UKM. tuhpun aku search kat internet. Hmmmm….masuk pengantin nie, maknanya ada 3 lah wanita bernama Firdawati. Bukan apa, untuk kat Malaysia nie, rasa nama nih unik sket & memang sorang dua jek nama ginih. Tapi kalo kat Indon nie, ramai gak yg nama sama. hehhehe…. tak sangka nama aku nih nama imported. huahuahuahuaaaa….

Debaran dah start dah. Nak2 kak ina kata Firdawati nie pandai gak bab2 makeup nie & cerewet orangnya. Alamaks, aku dh risau. Hehehhe…walaupun sebenarnya aku pun cerewet gaks. Maybe dia mcm aku bab2 ketelitian makeup nie. Hmmmm…dup dap…dup dap…tengahari sabtu tuh pun aku g lah umah dia. Menyeberangi tasik Idaman & Tasik Sg Buah….bertemankan Lias & Deena yg purposely aku suruh dia hantarkan, aku pun sampai kat umah Firdawati nie. Rumah banglo 1 tingkat…cantik umah dia…org tgh sibuk susun kerusi meja kat bawah khemah. Aku bagi salam…hmmmm…dia kluar. Cantik orangnya…tinggi…kurus…kalo dari segi rupa, mmg totally different lah dengan aku. Aku pun bwk masuk brg2 dlm bilik. Kul 3 ptg nie dia nak nikah. Aku start makeup kul 1 lebih kurang. Kami pun start borak2 dengan mukadimah. Dia kata dia tau nama aku pun sama dengan nama dia. Tapi dia di rumah mak ayah n sedara mara panggil firda, kat opis panggil wati. Aku laks terbalik. Kat umah, mama ayah n sedara mara panggil Wati. Kat opis lak orang kenal aku firda. hehehhe…borak punyer borak, rupa2nya Firda nie keje kat UKM. Ya Allah….kecil rupanya dunia nie. Dia nie lah selama nie yang aku jumpa nama dia sama dengan nama aku n keje kat UKM. So sebenar2nya dalam Malaysia nie ada dua orang jer yang ebranam FIRDAWATI !!!!!…. Mengekek2 kami gelakkan antara satu sama lain. Umor dia tahun nie 30. So aku kakak lah…hehehhe… DIa lahir bulan Feb 1978, aku laks April 1977. Hmmm….tulisan dia dgn aku lebih kuwang sama. Perangai & jiwa pun sama….itulah hasil kajian bersama kami …masa kami borak2 tuh….hmmm…aku anak tunggal pompuan, tapi ada 2 adik lelaki. Dia laks anak tunggal pompuan  & satu2nya anak  mak ayah dia. So dia memang tunggal lah. Tapi bagus, dia independent, tak nampak mcm anak manja. Cara dia ckp punyerlah laju n dia slalu kata dia brutal. hehehhe…dia kata aku lembut. (itu ko tgk masa tuh firda, ko lom tgk aku naik hangin lagi…) hehhehe…apapun dua hari berada di rumah dia, dia memang best. Eventhough dia cerewet, tapi cerewet dia kena dengan tempatnya… sama ngan perangai aku gaks…

nanti aku upload gambar2 dia n aku dlm photo album. nak upload kat sini memang x leh la…x tau apa masalahnya pc aku nih. Apapun untuk Firda, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Aku sempat lagi lawa dia dtg umah aku & kami sama2 berharap agar friendship yang baru dibina nie ada berkekalan selamanya kerana kami memang U.N.I.C….daaaaaa…

ADUSSSS….X SIHAT NYER…

Monday, February 18th, 2008

Hi guyz…arini spoiled tul la. aku flu n batuk2 lak. tekak pun dh perit2 n gatal. nk tggu smpi ke ptg kat opis nie, punyerlah seksa. b4 lunch td aku siap menggigil, muka n idung berdenyut2, badan rasa sakit2…mcm nk demam teruk. harap2 x der apa2 la…tp tekak mmg x  selesa. ptg nie nk g klinik x sempat coz kena fetch dna early. maybe esok kot…kalo x larat sgt, sok terpaksalah mc. tp minggu nie mcm xcited n in the mood of comin to work.

weekend baru nie best sgt. sabtu cat bilik dna. pink kalerrr…akhirnya dpt gak cat bilik dia. so aku dh kemas elok2…bilik dna dh cantik sgt. sumer in order. harap pas nie x der la lias nk nyemak2 tumpang fail2 dia or kain pelekat dia dlm bilik dna lg. n aku dh warned dna n lias supaya menjaga kebersihan n kekemasan bilik tuh. hehhehehe…n dna pun dh start tdor sorg2…best sgt tgk dia tdor dlm bilik dia. mcm cozy gitu. hehhehe…teringat masa aku kecik2 dulu. aku nk bilik kaler pink n ada teddy bears n anak2 patung tp ayah x kasi. x tau lah dia malas ker or bajet ciput ke masa tuh. tp kali nie aku mampu merealisasikannya utk dna. x der lah penat sgt mengecat bilik nie. quite fun. hehhehe…hmmmm…pasnie mission seterusnya nk cat bilik aku lak la. pink jugaklah…leh tak?? hehhehe…

TRIP TO JB

Tuesday, February 12th, 2008

Right after closing, biler sumer dh edit here n there…bila dh betul2 konpom x der yg nk edit lg…aku terus apply cuti. cadangnyer 2 hari jek. tp terbabas smpi 4 hari. hehhehe…sunday minggu terakhir jan 2008, aku ikut parents aku g JB. depa ada urusan tersendiri, lias lak nk tumpang sbb dia akan kena keje kat JB 1 week. so aku pun nyemak la…nk cuti2 malaysia n leh jumpa kwn aku wawa kat jb. sunday tuh bertolak lepas aku ngandam syaza kat serdang. kul 10.45 gerak. tiba di hentian pagoh kul 12.40. fibo x der so kami self service je la. makan nasi n mee rebus kat kedai dia…tanpa layanan istimewa fibo…hehehhe…dna sorg jek mkn nasi ayam (which is x der kat kedai fibo)…after makan2, kami beli pau. pau amira tuh mmg marvelous rasa dia…nyum3…dh kenyang makan pun leh belasah lg pau2 tuh dlm keta. hehehhe…(ntah bilalah agaknya dpt makan lg pau tuh).

kami tiba kat JB kul 2.45 gitu…checkin kat sofitel de palma inn senai. nie mmg hotel fav family aku bila ke JB. tp pasnih aku x sure lah aku berani lg ke tak ke hotel nih…hihihihihhhhh….ada hantu…ooooppppsssss…x perlah, abaikan. janji kgkwn aku dh tau citer nie. malam tuh kami lepak bilik je sbb nk tgk AJL. isnin pagi tu lias dh g keje. aku n mama bekpas kat senai airport n kami kuar g cari brg. ptg aku tggu wawa kat kipmart n wawa bwk aku g jusco tmn U. kami lepak2 kat foodcourt smbil borak2. anak2 lak kami lepaskan main kat playground kat situ. hmmm….bila jumpa skali skala nie, mcm2 benda nk citer. skali skala diselitkan dgn iklan dna menangih sbb hakim tolak dia. hehhehe…nk uat camner. psgn bercinta kenalah ada gaduh2 sket. hahahahha….dari jusco, aku ajak wawa balik hotel, bagi bebudak mandi pool. depa sakan mandi manda. aku n wawa dok borak lg. kul 6 gitu wawa balik n aku lepak bilik jek. dna dh pewai, terus tdor. malam tuh lias balik aku suruh belikan makanan jek. aku pun dh penat berborak dgn wawa, malam tuh…zzzzz… selasa pagi pas bekpas kat senai airport, kami kuar. uruskan mama n ayah nyer urusan. then ptg tuh kami dcide to stay another nite in JB. tp lias dh angkut beg baju dia. kira malam tuh aku tdor dgn dna je lah kat bilik. lias dh x der, g tdor kat apartment opismate dia. ptg tuh kami jalan2 g ct square jb, malam tuh plak sempat lg g jalan2 kat danga bay n dinner dgn lias skali kat singgah selalu danga bay. best makan situ. puas. mcm2 ada…otak2 sedap, tahu bakar sedap, nasi ayam sedap, kacang rebus sedap…kami bwk dna naik a few rides kat danga bay tuh. pehtu htr lias blk aprtment dia, n kami blk.

mlm tuh pasti aku takkan lupa smpi bila2. dna dmm panas. n something happen hingga aku tepaksa panggil sekuriti kul 4 pagi. huh…lepas kejaidian tuh, aku x tdor smpi pagi. dh nampak matahari kat luar, baru aku lelap jap. tp pg2 tuh kul 10 kami dh blk sbb dna dmm pns betul. ayah drove straight to pakar kanak2 annur. dna dh lembik. doktor bagi ubat masuk kot bontot. kelakor pun ada gak, sbb dna mcm nk sepak2 doktor tuh. blk umah ptg tuh, aku dh keletihan. esok tuh aku terus sambung cuti. tp tiring sbb jaga dna dmm. sib baik jumaat tuh dia ok n aku terus g keje. jumaat malam lias dh balik. huh, lega sket….sbb sbtu n ahad aku kena ngandam kat setiawangsa - shima. ok, nnti aku update gmbr2 kat JB k…. adiosss…